AIoT, UMPSA, Campus, Pahang, 26600 Pekan, Pahang +60 12-700 1248 frc@ump.com

About FRC

FRC FRC Team Members

Smart Flood Warning System

1.0 TUJUAN

UMPSA FRC telah diluluskan penubuhannya pada Mac 2022. Bertitik tolak dari bencana banjir besar yang melanda negara secara umum, negeri Pahang khasnya pada 16-19 Disember 2021, kerajaan Pahang dan UMPSA secara kolektif bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Penyelidikan Banjir dibawah UMPSA. Ia merupakan jawatankuasa yang berasaskan penyelidikan bagi meramal dan merangka tindakan mitigasi sebelum dan semasa menghadapi bencana banjir.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 UMPSA FRC telah diluluskan penubuhannya pada Mac 2022. Bertitik tolak dari bencana banjir besar yang melanda negara secara umum, negeri Pahang khasnya pada 16-19 Disember 2021, kerajaan Pahang dan UMPSA secara kolektif bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Penyelidikan Banjir dibawah UMPSA. Ia merupakan jawatankuasa yang berasaskan penyelidikan bagi meramal dan merangka tindakan mitigasi sebelum dan semasa menghadapi bencana banjir.

2.2 Dalam menghadapi era semasa dimana bencana banjir yang berskala besar dan kerap berlaku, teknologi-teknologi yang sedang digunakan di UMPSA seperti teknologi Predictive Analytics, Internet-of-Things (IoT) dan Floating House akan di ubahsuai untuk digunakan bagi menghadapi bencana banjir mendatang di Malaysia.

2.3 Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dengan rasminya telah menubuhkan jawatankuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Penyelidikan Banjir (singkatan UMPSA FRC) dan diletakkan bawah Jabatan Penyelidikan & Inovasi.

3.0 JUSTIFIKASI

3.1 Antara fungsi dan tanggungjawab FRC adalah melahirkan idea dan inovasi bagi meramal banjir, membuat pengujian dan pengesahan lapangan bersama dengan pihak berkuasa seperti Jabatan Pengaliran dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Teknologi ini diunjurkan dapat meminimumkan kesan bencana banjir dari segi kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Selain sistem ramalan banjir, inisiatif mitigasi banjir dari segi infrastruktur khas seperti rumah apung (floating house) dan lain-lain teknologi juga akan dilaksanakan oleh FRC. Justeru, FRC dijangka akan berfungsi sebagai badan yang membuat dan menyediakan bantuan khidmat penyelidikan, perundingan dan khidmat teknikal untuk menambaikan sistem pemantauan, ramalan berkenan banjir dan bencana di Malaysia.

3.2 FRC juga akan secara aktif dan dinamik dalam membangunkan polisi, prosedur, garis panduan dan sebagainya berkaitan banjir dan bencana berasaskan keperluan terkini dan seterusnya memantau serta mempromosikannya melalui penyebaran informasi, latihan, seminar dan sebagainya. Secara tidak langsung, FRC akan menjadi badan rujukan dan hubungan secara dalaman dan luaran berkaitan isu banjir dan bencana di peringkat kebangsaan.

3.3 FRC juga bertanggungjawab untuk membuat semakan dan kelulusan geran penyelidikan yang berkaitan banjir dan bencana di UMP, memberi latihan, seminar, bengkel dan persidangan berkaitan banjir dan bencana secara berkala, memantau daftar projek penyelidikan yang melibatkan banjir dan bencana di UMP, menyelaras dan membantu Penyelidik dalam perlaksanaan apa-apa program berkaitan banjir dan bencana di UMP, menasihati pengurusan universiti berkaitan banjir dan bencana urusan risiko berasaskan ilmu, teknologi dan amalan terbaik yang terkini dan memberikan laporan kepada MPPI UMP berkaitan isu banjir dan bencana.

3.4 Penganjuran seminar, latihan dan bengkel ini akan melibatkan implikasi kawangan bagi operasi FRC setiap tahun. Penyertaan ahli FRC ke program agensi kerajaan dan juga lawatan penanda aras juga melibatkan implikasi kewangan untuk tuntutan perjalanan.

4.0 PENUTUP

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) adalah dimohon untuk meluluskan berkenaan permohonan bajet operasi Jawatankuasa Penyelidikan Banjir UMP (Flood Research Committee, FRC UMP) bagi tahun 2022.

More Info About Flood Research Committee (FRC)

FRC Team Members

Smart Flood Warning System Team

Prof.Ir. Dr. Mohd Faizal bin Jamlos

Chairman of FRC

(IoT / Big Data)

Ts. Dr. Nadiatul Adilah Bt. Ahmad Abdul Ghani

(Hydrology)

Gs. Dr. Syarifuddin Bin Misbari

(GIS)

Dr. Nurul Mubinah Binti Suhaimi

(Analysis of Resilience Model)

Ts. Dr. Junaida Bint Sulaiman

(AI)

Dr. Jacqueline Isabella Anak Gisen

(Hydrology)

Eng. Muhammad Aqil Hafizzan Bin Nordin

(IoT / Big Data / AI)

Dr. Noryanti Muhammad

(AI)

Dr Munira binti Mohd Ali

(AI)

Ts. Dr.Sarah 'Atifah binti Saruchi

(AI)

Pn.Nur Najmiyah binti Jaafar

(AI)

Dr. Ku Muhammad NaIm Bin Ku Khalif

(AI)

Dr. Nor Azuana Binti Ramli

(AI)

Eng. Abdelmoneim A Bakhit

(IoT / Big Data / AI)

Get In Touch

AIoT,UMPSA, Campus, Pahang, 26600 Pekan, Pahang

frc@ump.edu.my

+60 12-700 1248

© UMPSA FRC. All Rights Reserved. Designed by Artificial Intelligence of Things (AIoT)